Saturday, 6 April 2013

Manifesto BN PRU13-Ciri-Ciri Utama

#ManifestoBN #PRU13 #GE13

CIRI-CIRI UTAMA:

-BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

-112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

-Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

-Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

-Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

-Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

-BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

-Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

-Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

-Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

-1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

-Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

-Membina Lebuh raya Pan Borneo.

-Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

-Sekolah satu sesi diperluaskan.

-Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

-Transformasi sekolah vokasional.

-4,000 anggota Polis setiap tahun.

-Penggunaan SafeCam.

-Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.




No comments:

Post a Comment