Tuesday, 2 April 2013

Datum Jelatek-TERBARU: RESPON KEPADA – PENGHANTARAN MEMORANDUM KEMAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ) PADA 1 HB MARCH 2013

1 APRIL 2013
TERBARU: RESPON KEPADA –
PENGHANTARAN MEMORANDUM KE MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ) PADA 1 HB MARCH 2013
Satu bulan sudah berlalu, pihak MPAJ masih gagal memberikan respon positif yang diharapkan oleh Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDT) dan penduduk-penduduk Taman Keramat.

Setelah penghantaran memorandum kepada PKNS, Menteri Besar Selangor dan yang terakhir kepada DYMM Sultan Selangor pada 19hb March 2013, Pengerusi BBDJ, En.Salleh Samad pada 28 hb March 2013 telah mula membuat “follow-up” dengan MPAJ. Beliau cuba untuk mendapatkan YDP Dato’Muhammad bin Yacob dan TYDP Abd. Hamid bin Hussain, tetapi gagal. Walau bagaimanapun beliau dapat berhubung dengan Pengarah Korporat MPAJ, Puan Rosliza. Beliau tidak dapat memberikan jawapan yang diharapkan kerana pihak MPAJ belum membuat sebarang keputusan. Beliau berjanji untuk memberikan keputusan pada hari ini.

Setelah berbincang dengan YDP dan TYDP, akhirnya beliau memberitahu bahawa MPAJ tidak dapat membuat keputusan. Apa-apa keputusan adalah terletak kepada budibicara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan pihak PKNS. Disini ada yang tak kena!

En. Salleh Samad tidak berpuas hati dan mempertikaikan jawapan yang diberikan PKNS sebagai badan yang bertanggungjawab diatas kelulusan ‘Development Order’ (DO). MPAJ ada bahagian, undang-undang sendiri, ada ahli-ahli yang dilantik, kenapa MPAJ tidak bebas membuat sebarang keputusan yang terletak dibawah bidang kuasanya? Adakah setiap kelulusan dibawah bidang kuasa MPAJ perlu diluluskan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid?

Mungkinkah selama Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid yang meluluskan lesen-lesen rumah-rumah urut, bar-bar, tempat-tempat judi dan segala tempat-tempat maksiat yang tumbuh macam cendawan diseluruh pelosok Selangor?
Kalau macam ini tak perlulah ada YDP, TYDP, Pengawai undang-undang, Ahli-ahli majlis disemua Majlis Perbandaran di seluruh Negeri Selangor! Biar Tan Sri Khalid buat seorang!

Nota: Orang korporat pun tak akan buat kerja macam ini – bodoh!

MAKLUMAT- MAKLUMAT DIATAS DITERIMA OLEH BADAN BERTINDAK BANTAH DATUM JELATEK ADALAH DARI SUMBER-SUMBER PENYELIDIKAN DAN DITERIMA DARI ORANG RAMAI YANG BERSAMA-SAMA MEMBANTAH PERLAKSANAAN PROJEK DATUM JELATEK.

Barisan Bertindak Datum Jelatek,
E-mail: bantahdatumjelatek@gmail.com
http://bantahdatum jelatek.wordpress.com

No comments:

Post a Comment