Kelulusan tayangan filem 'The New Village' menimbulkan kegusaran kami kerana setelah penelitian dibuat,filem ini secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan Polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan.
Justeru,dengan bidang kuasa Dato' sebagai menteripenerangan,kami mengharapkan penjelasan dari pihak dato' dan FINAS berkenaan:
1)Apakah kriteria yang digunapakai FINAS dalam meluluskan tayangan filem ini?
2)Mengapa filem 'Tanda Putera' begitu sukar mendapatkan kelulusan sedangkan filem ini hampir tiada sekatan dan tahu-tahu sahaja,ia bakal ditayangkan.
Semoga penjelasan dan tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak Dato' sebelum timbul perkara-perkara yang tidak diingini hasil dari kemarahan orang ramai terhadap filem ini.
-Barisan Admin SSTDMM dan Rakyat Malaysia-
Link video: http://www.youtube.com/
Link FB: https://www.facebook.com/
Sumber dari Facebook:Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
Persoalanya kenapa filem ini dilepaskan begitu saja..tapi filem tanda putra ditapis dan di tangguh tayangannya...oleh dek pahaman politik DAP anda masih ikut kata2 puak pembangkang..rata2 filem tanda putra tiada unsur perkauman tapi menunjukan DAP adalah sebuah parti komunis..tiada kene mengena dengan kaum cina....DAP adalah parti politik bukan bangsa..seperti Parti PAS juga..PAS parti bukan bukan agama...
Sepatutnya filem Bravo merupakan filem sebenarnya yang memaparkan siapa itu Komunis bukannya filem propaganda komunis seperti The New Village (link:http://www.youtube.com/ watch?v=nmZYLzezR98).
Sepatutnya filem sebegini yang diangkat dan filem propaganda komunis seperti New Village tidak dibenarkan tayangannya sama sekali.
Sinopsis Bravo:
Filem yang mengisahkan perjuangan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugas mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Kawasan tengah semenanjung akan dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata. Lima komando tersebut berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka. Tetapi malangnya hubungan terputus akibat Set Komunikasi yang rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 gerila.
Sebelum pertempuran bermula, setiap dari mereka telah menulis wasiat. Dipetik dari kisah benar yang diselongkar melalui Diari Misi Komando. Dahulunya merupakan Rahsia Sulit ATM dan kini dipaparkan untuk sama-sama kita fikir dan nilai sumbangan mereka.
Teraju utama filem ini ialah Remy Ishak, Beto Khushairy, Hattan, Fizz Fairuz, Zul Huzaimi, Shashi Tharam, Adam Corrie, Frenkey, Fran Peterson, Kamal Adli dan beberapa lagi. Filem Bravo 5 ini dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun ini (In Sha Allah)…
Kekuatan filem Bravo Lima bergantung kepada gabungan pelakon dan aksi daripada 12 pelakon lagak ngeri yang di bawa daripada Singapura dan China. Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi yang akan menggunakan khidmat 120 anggota tentera dari ATM sendiri untuk menjayakan filem ini. Selain itu elemen dramatik, percintaan, kasih sayang, komedi, pengorbanan tidak lari diselitkan di dalamnya.
Sumber dari Facebook:Saya Sayang Tun Dr Mahathir
Posting by:SweetSweet

